BADAN PERUNDANGAN , BADAN PERLAKSANA DAN BADAN KEHAKIMAN
13. Badan
Perundangan (Legislatif)
13.1. Perundangan
merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Ianya Fungsi badan perundangan adalah
menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang
bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita.
13.2. Parlimen
terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
13.3. Dewan Negara
atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Dewan
Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar Senator i
mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam
pilihan raya.
13.4 Seseorang
Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur
sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka
boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
13.5. Keahlian
Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada
individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam,
bidang profesional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan,
pertanian, kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti
seperti Orang Asli.
13.9. Dewan Rakyat
merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan
raya umum.
13.10. Dewan Rakyat
mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh
negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.
13.12. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan
meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
13.13. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta
dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen
kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.
__________________________________________________________________________________
14. Badan Pelaksana
(Eksekutif)
14.1. Jemaah
Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.
14.2. Kabinet
merupakan pembuat dasar tertinggi negara. TugasJemaah Menteri atau Kabinet
adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.
14.3. Perdana
Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
14.4. Biasanya,
Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau
beberapa kementerian.
14.5. Setiap
kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta
menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.
14.6. Setiap
kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
14.7. Seseorang
Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai
Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh
Perdana Menteri.
14.8. Perkhidmatan
awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab
mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.
14.9. Pada
peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha
Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai
kumpulan pegawai perkhidmatan awam.
14.10. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan
dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
14.11. Jabatan
kerajaan yang diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua
Pengarah.
14.12. Sesebuah
kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.
14.13. Terdapat juga
badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun
merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.
14.14. Badan berkanun
mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.
14.15. Badan ini
ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang
berkenaan.
14.16. Badan berkanun
ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat
pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun
kerajaan.Beberapa contoh Badan Berkanun,Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(MIDA)
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (F RIM)
14.17. Beberapa
suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan
pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan
awam.
14.18. Antaranya
termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan,Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya
Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
__________________________________________________________________________________
15. Badan Kehakiman (Judisiari)
15.1. Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta
menentukan perkara sivil dan jenayah.
15.2. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya
memerlukan afidavit.
15.3. Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan.
15.4. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan
undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana.
15.5. Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan
Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
15.6. Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan
Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini.
15.7. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan
negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan
sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
15.8. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana
perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen.
15.9. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki
piramid. Melalui sistem ini individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati
dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang
lebih tinggi.
15.10. Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
dengan nasihat Perdana Menteri.
15.11. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan
jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenangwenangnya
tanpa sebarang sebab yang munasabah.
15.12. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam
politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk
menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.
15.13. Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara.
Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam
Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.