DEMOKRASI PARLIMEN
2. Demokrasi
berparlimen.
2.1 Parlimen
Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan.
2.1.1 Sistem
Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan
negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem
ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa
kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan
Pentadbiran atau Eksekutif.
2.1.2 Malaysia juga
merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada
sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang,
Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan
Negara Malaysia.
2.1.3 Setiap negeri
yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti
kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana
yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan
Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan
mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka
diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja
Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis 2.1.4 Raja-raja. Baginda adalah diberi
kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam
di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua
Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan
Wilayah-wilayah Persekutuan.
2.1.5 Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda
adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan
tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah
menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan
tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
2.1.6 Parlimen
Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua
Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja
yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa
istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
2.1.7 Dengan
demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil
Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam
satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua
Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan
tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu.
Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah
tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
2.1.8 Parlimen
Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan
jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima
tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
2.1.9 Pada
penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan
dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi
memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen
dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari
dari tarikh pembubarannya.
3. Struktur Parlimen Malaysia.
3.1 Pemerintahan
Malaysia yang bercirikan demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan yang
unik kerana Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
· Yang Di-Pertuan Agong
· Dewan Negara
· Dewan Rakyat
3.2 Setiap
negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri.
Terdapat berbagai nama yang diberikan untuk menggambarkan
bentuk pemerintahan sesebuah negara seperti demokrasi, sosialis, monarki dan
lain-lain. Dalam sistem berkenaan, terdapat jenis pemerintahan yang membenarkan
penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi pemerintahan negara.
3.3 Sementara
itu terdapat juga pemerintahan yang tidak memberi ruang kepada rakyat untuk
terlibat dalam urusan pemerintahan negara.
3.4 Sistem
pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan
kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan
kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi “kerajaan
rakyat, dari rakyat untuk rakyat”.
3.5 Unsur
penting dalam demokrasi ialah “pemerintahan rakyat”. Dalam sistem demokrasi
yang berkuasa ialah rakyat. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan
autokrasi. Dalam autokrasi, rakyat tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan
terlibat dalam urusan pemerintahan negara.
4. Sistem Demokrasi di Malaysia.
4.1 Pemerintahan
Malaysia mengamalan pemerintahan demokrasi berparlimen dengan raja
berpelembagaan seperti dinyatakan dalam perkara 44 Perlembagaan Persekutuan.
4.2 Dalam sistem
ini, kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada Parlimen yang mengandungi
Yang Di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.Parlimen mempunyai kedudukan tertinggi dan merupakan badan yang mewakili
rakyat untuk membuat undang-undang dan dasar-dasar.
4.3 Dalam
demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan.
Wakil yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri akan bertanggungjawab serta bertindak untuk memperjuangkan
kepentingan rakyat yang diwakilinya. Amalan memilih pemimpin dan kerajaan dalam
demokrasi berparlimen ini dibuat melalui pilihanraya.
4.4 Pilihanraya
merupakan salah satu saluran penglibatan warganegara dalam membuat keputusan
politik. Melalui pilihanraya, rakyat diberi hak bagi memberi mandat kepada
sesuatu seperti parti untuk membentuk kerajaan. Kuasa rakyatlah yang akan
menentukan parti yang akan memerintah negara serta membentuk corak pembangunan
dan masa depan rakyat.