DEMOKRASI PARLIMEN
Monday, 15 September 2014 @ 07:49 | 0 Comment [s]

 2. Demokrasi berparlimen.
2.1       Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
2.1.1    Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
2.1.2    Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
2.1.3    Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis 2.1.4           Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
2.1.5    Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
2.1.6    Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
2.1.7    Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
2.1.8    Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
2.1.9    Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

3. Struktur Parlimen Malaysia.
3.1       Pemerintahan Malaysia yang bercirikan demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan yang unik kerana Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
· Yang Di-Pertuan Agong
· Dewan Negara
· Dewan Rakyat
3.2       Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri.
Terdapat berbagai nama yang diberikan untuk menggambarkan bentuk pemerintahan sesebuah negara seperti demokrasi, sosialis, monarki dan lain-lain. Dalam sistem berkenaan, terdapat jenis pemerintahan yang membenarkan penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi pemerintahan negara.
3.3       Sementara itu terdapat juga pemerintahan yang tidak memberi ruang kepada rakyat untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.
3.4       Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi “kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat”.
3.5       Unsur penting dalam demokrasi ialah “pemerintahan rakyat”. Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Dalam autokrasi, rakyat tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

4. Sistem Demokrasi di Malaysia.
4.1       Pemerintahan Malaysia mengamalan pemerintahan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan seperti dinyatakan dalam perkara 44 Perlembagaan Persekutuan.
4.2       Dalam sistem ini, kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang Di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Parlimen mempunyai kedudukan tertinggi dan merupakan badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang dan dasar-dasar.
4.3       Dalam demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan. Wakil yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan bertanggungjawab serta bertindak untuk memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya. Amalan memilih pemimpin dan kerajaan dalam demokrasi berparlimen ini dibuat melalui pilihanraya.

4.4       Pilihanraya merupakan salah satu saluran penglibatan warganegara dalam membuat keputusan politik. Melalui pilihanraya, rakyat diberi hak bagi memberi mandat kepada sesuatu seperti parti untuk membentuk kerajaan. Kuasa rakyatlah yang akan menentukan parti yang akan memerintah negara serta membentuk corak pembangunan dan masa depan rakyat.

BADAN PERUNDANGAN , BADAN PERLAKSANA DAN BADAN KEHAKIMAN
@ 07:48 | 0 Comment [s]

13.   Badan Perundangan (Legislatif)
13.1.    Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Ianya Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.  Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita.
13.2.    Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
13.3.    Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar Senator i mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya.
13.4     Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
13.5.    Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.
13.9.    Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
13.10.  Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.
13.12. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
13.13. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.
__________________________________________________________________________________
14.  Badan Pelaksana (Eksekutif)
14.1.    Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.
14.2.    Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. TugasJemaah Menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.
14.3.    Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
14.4.    Biasanya, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.
14.5.    Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.
14.6.    Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
14.7.    Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
14.8.    Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.
14.9.    Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam.
14.10. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
14.11.  Jabatan kerajaan yang diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah.
14.12.  Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.
14.13.  Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.
14.14.  Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.
14.15.  Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.
14.16.  Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.Beberapa contoh Badan Berkanun,Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (F RIM)
14.17.  Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.
14.18.  Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
__________________________________________________________________________________
15. Badan Kehakiman (Judisiari)
15.1. Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.
15.2. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit.
15.3. Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan.
15.4. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana.
15.5. Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
15.6. Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini.
15.7. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
15.8. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen.
15.9. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
15.10. Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
15.11. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenangwenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.
15.12. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.

15.13. Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.

PILIHAN RAYA
@ 07:48 | 0 Comment [s]

16.  Pilihan raya.
16.1. Pemerintahan Malaysia memaparkan amalan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan telah menjadikan pilihan raya sebagai proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Ini merupakan ciri penting sistem demokrasi berpalimen di Malaysia.
16.2. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
16.3. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang yang dikenali dengan sistem majoriti mudah.
16.4. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.
16.5 Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.
16.6.    Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
16.7.    Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.
16.8.    Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.
16.9.    Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
16.10. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.
16.11   Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari dan  boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.
16.12  Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.
16.13. Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika  dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.
16.14. Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas.
16.15. Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.
16.16. Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.
16.17. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut.
16.18. Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
16.19. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar  sebagai pengundi.
16.20. Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan, sama ada dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen dalam tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.
16.21   SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia.

16.22   SPR dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR. Tujuannya untuk memastikan pilihan raya dijalankan dengan efektif dan adil.

ALAT KEBESARAN
@ 07:47 | 0 Comment [s]

Peralatan-peralatan itu yang melambangkan kedaulatan Baginda dan negara telah dicipta dan disesuaikan dengan alat kebesaran yang pernah menjadi warisan kegemilangan Raja-raja Melayu pada zaman keagungannya dahulu.

Bagaimanapun, sesuai dengan fungsi dan kehormatannya, alat-alat berkenaan hanya boleh digunakan pada upacara rasmi sahaja, dan untuk kesekian kalinya, rakyat akan berpeluang menyaksikan penggunaannya pada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke-14, pada 11 April ini.

Antara alat-alat kebesaran itu ialah pakaian istiadat Yang di-Pertuan Agong termasuk Muskat, Tengkolok, Pending, Keris Pendek, Gendik dan Kalung. Muskat adalah pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong, yang berasal dari Oman.

Pakaian rasmi ini mula digunakan pada 1960 semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ketiga yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Pada kebiasaannya, baju itu dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok pada majlis-majlis sempena Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan serta semasa lawatan rasmi Baginda ke negeri-negeri di seluruh Malaysia dan perasmian persidangan Parlimen.

Tengkolok yang turut dipakai pada hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan.


DIPERBUAT DARIPADA EMAS PUTIH

Di sebelah hadapan tengkolok itu dipasangkan anak bulan dengan bintang pecah empat belas yang diperbuat daripada emas putih dan di tengah-tengah bintang terletak lambang berwarna-warni kerajaan Malaysia.

Pending pula diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah dan bersulamkan permata delima dan di tengah-tengahnya tertera lambang Kerajaan Persekutuan. Tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat berbunga-bunga dengan benang emas.

Keris Pendek Diraja diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading yang bertatahkan emas. Hulu keris ini dinamakan "Hulu Pekaka" dan berupa kepala "Garuda".

Di sampir keris ini diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan. Seperti Keris Panjang, ia hanya dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong.

Gendik Diraja adalah pakaian ulu (kepala) bagi Raja Permaisuri Agong yang diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian berbunga awan larat. Di tengah-tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak bulan dengan bintang, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih.

Gendik ini diperbuat khas supaya boleh dicerai menjadikannya loket dan kerongsang.

Gendik ini dipakai oleh Raja Permaisuri Agong pada istiadat-istiadat kebesaran diraja dan pada waktu Pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Kalung Diraja ialah rantai leher yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong yang diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian.

Kalung ini adalah sebahagian daripada pakaian kebesaran yang dipakai Raja Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Kalung ini juga boleh dicerai menjadikannya sepasang subang, kerongsang dan kerabu.


KERIS PANJANG

Peralatan kebesaran lain ialah Keris Panjang, Cogan Alam dan Cogan Agama, Cokmar, Pedang, Keris Panjang dan Sundang, Payung Ubur-ubur Kuning dan Tombak berambu.

Keris dan Keris Panjang Diraja adalah kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan dan utama dalam istiadat pertabalan.

Keris Panjang adalah Keris Kerajaan dan adalah tanda kebesaran dan kekuasaan. Keris itu dari hulunya hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu.

Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil dari 11 bilah keris dari negeri-negeri. Hulu keris itu berbentuk "tapak kuda" dengan hiasan motif buah jering dan digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada istiadat-istiadat tertentu sahaja.

Cogan Alam adalah sebatang tongkat perak sepanjang 162.66 sentimeter yang di bahagian atasnya terletak satu bulatan yang di puncaknya mengandungi ukiran anak bulan dan bintang daripada emas, manakala pada sekeliling bulatan itu pula diterapkan lambang 11 Negeri Tanah Melayu daripada emas.

Bulatan itu ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri manakala tongkatnya dihiasi dengan motif enam tangkai padi daripada emas.

Cogan Agama yang adalah sebatang tongkat perak sepanjang 155.04 sentimeter juga mempunyai satu bulatan di bahagian atasnya yang di puncaknya mengandungi ukiran anak bulan dengan bintang pecah lima daripada emas. Pada batang dan hulunya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.


ALAT PERANG ZAMAN SILAM

Satu lagi peralatan diraja ialah Cokmar iaitu dua batang tongkat pendek yang hulunya berbentuk kubah. Ia adalah alat perang zaman silam yang diperbuat daripada perak dengan masing-masing berukuran 81.32 sentimeter.

Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja ialah tiga senjata Melayu yang dijadikan sebahagian daripada alat kebesaran diraja iaitu diambil daripada mata pedang panjang dan sundang zaman purbakala. Keris Panjang dan Sundang bersalut dengan perak serta berukir-ukir di hulu dan sarungnya.


Peralatan Diraja yang turut memainkan peranan penting pada istiadat-istiadat rasmi ialah 20 kaki Payung Ubur-ubur Kuning yang diperbuat daripada kain sutera berwarna kuning diraja berpuncak anak bulan dan bintang dan 20 batang Tombak Berambu berlok tiga yang diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari 11 buah negeri di Semenanjung.